Bagaimana aplikasi teknologi merealisasikan Pertanian Pintar

Updated: Sep 11


Industri pertanian kini beroperasi jauh berbeza berbanding beberapa dekad yang lalu, di mana kemajuan teknologi telah memberi peluang kepada pemain-pemain dalam bidang pertanian untuk mengimplementasi teknologi canggih seperti penggunaan dron untuk pemantauan dan pemetaan, kawalan operasi jarak jauh (remote operations), dan aplikasi analisis data raya (Big Data Analytics - BDA).


Dalam artikel ini, kita akan lihat impak kemajuan teknologi dan aplikasinya dalam bidang pertanian.


Penggunaan teknologi automasi

Sumber gambar: agfundernews.com


Automasi dalam sektor perladangan, yang sering dikaitkan dengan Pertanian Pintar (smart farming), adalah teknologi yang menjadikan pengurusan ladang lebih efisien dan membolehkan kitaran pengeluaran tanaman atau ternakan dapat diurus secara automasi.


Industri pertanian kini dalam usaha mengimplementasi teknologi automasi untuk merealisasikan konsep Pertanian Pintar melalui aplikasi dron, traktor autonomi, penuai robot, system penyiraman automatik, robot penyemaian dan sebagainya.


Teknologi automasi dalam pengurusan ladang mampu menangani isu-isu seperti peningkatan populasi global, penjagaan kualiti tanaman, kawalan dari masalah serangga perosak, kekurangan tenaga kerja ladang, dan perubahan pilihan pengguna. Usaha untuk mengautomasikan proses pertanian adalah keutamaan dalam menangani masalah yang disebut tadi.

(MADA drone application YouTube video)


Teklonogi dron sudah mula dipakai oleh petani di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bagi melakukan kerja sawah. Berdasarkan laporan oleh Berita Harian, kerja membaja dan menyembur racun yang mengambil masa hampir sebulan menggunakan tenaga manusia, kini dapat dikurangkan hampir 50 peratus.


Penggunaan aplikasi data raya dalam proses penternakan

Sumber gambar: www.wbcsd.org


Perkembangan teknologi sejak 8-10 tahun lepas telah memberi impak yang positif melalui aplikasi data raya, yang menjadikan proses pengurusan ternakan lebih efisen berdasarkan data.


Penggunaan Analisis Data Raya boleh diperkembangkan melalui aplikasi teknologi sensor. Sebagai contoh, setiap haiwan ternakan boleh dipasang dengan sebuah sensor yang dapat merekod data-data penting seperti status kesihatan dan amalan makanan harian. Ada jenis sensor yang ditanam ke dalam tanah untuk merekod kelembapan tanah, ada yang dpasang dalam kanvas Rumah Hijau untuk mengukur keadaan kelembapan perseitaran, dan pelbagai lagi.


Selain sensor, terdapat juga beberapa jenis aplikasi yang boleh diakses menggunakan telefon pintar yang digunakan untuk direkod oleh petani dan penternak. Data yang direkod ini kemudiannya akan digunakan untuk dianalisa untuk tujuan tindakan selanjutnya.

Jumlah data yang dapat dihasilkan melalui aplikasi teknologi-teknologi tersebut adalah besar dan dengan adanya teknologi Analisis Data Raya semua data yang ditangkap akan berubah menjadi informasi yang bermakna melalui BDA, di mana ia mampu mengefisenkan proses membuat keputusan (decision making).


Pembangunan fasiliti berasaskan awan

Sumber gambar: dzone.com


Perkembangan teknologi berasaskan awan (cloud-based technologies) telah membolehkan pengusaha ladang memantau dan mengubah keadaan ladang dari jarak jauh, pada bila-bila masa. Teknologi Wi-Fi boleh digunakan untuk mengawal makanan dan iklim ladang secara automatik. Para penguasaha ladang juga boleh diberi isyarat melalui SMS jika terdapat sesatu masalah yang perlu pengetahuan pengusaha ladang.


Kebolehan untuk memantau dan mengubah keadaan ladang secara on-demand mampu mengingkatkan produktiviti dan mampu menjamin pengeluaran hasil yang berkualiti tinggi.

Integrasi teknologi-teknologi yang disebut dalam artikel ini mampu membina ekosistem pertanian berasaskan teknologi digital – Pertanian Pintar. Pengadoptasian teknologi Industri 4.0 telah membolehkan pengusaha ladang untuk memantau dan mengawal elemen-elemen penting seperti tahap kelembapan, keadaan tanah dan suhu yang boleh menjamin pengeluaran hasil berkualiti tinggi secara konsisten.


*Gambar utama daripada: www.letsnurture.com

Address: Block 2280, Jalan Usahawan 2, Cyber 6, 63000, Cyberjaya, Selangor.

E-mail: info@marii.my

Tel: (+60) 03-8318 7742

Fax: (+60) 03-8318 7743

  • Twitter
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook Social Icon
  • LinkedIn Social Icon

Follow Us On Our Social Media

Contact Us