MARii sebagai Peneraju Teknologi bagi konsert digital “WINGS KITA MERDEKA 2020”


Konsert mega secara langsung dalam talian pertama di Malaysia – “WINGS KITA MERDEKA 2020” akan melihat agensi kerajaan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) sebagai Peneraju Teknologi, seiring dengan inisiatif untuk mempromosikan penggunaan teknologi digital.

Konsert maya ini akan dibintangi oleh kumpulan rock ternama Malaysia, WINGS, pada 29 Ogos 2020, 7:30 malam.

“Penggunaan teknologi harus diberi perhatian, lebih-lebih lagi di dalam industri seni kreatif yang mempunyai kuasa untuk menjangkau perhatian orang ramai bagi meningkatkan penggunaan teknologi. Sokongan MARii di dalam merealisasikan Konsert Mega ini diharap membolehkan penggiat seni menggabungkan kreativiti dan teknologi di dalam menghasilkan karya yang seiring dengan keperluan kandungan digital di masa hadapan”, kata Dato' Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif MARii.

WINGS kini giat berlatih untuk menyajikan persembahan yang mantap di konsert “virtual” yang julung-julung kali diadakan di Malaysia. Konsert ini juga adalah sebagai tanda penghargaan WINGS kepada pejuang-pejuang negara sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia tahun ini.

Sempena konsert yang diadakan juga sebagai sambutan ulangtahun WINGS yang ke-35, kumpulan tersebut memperkenalkan koloborasi gandingan artis muda Malaysia, ZYNAKAL dan YONNYBOII sebagai persembahan pembuka tirai.


Para pembeli tiket konsert secara atas talian juga berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah seperti TEMURE COSMETICS, dan lain – lain lagi. Tiket yang berharga RM35.00 boleh dibeli secara atas talian di www.galactix.asia


190 views

Address: Block 2280, Jalan Usahawan 2, Cyber 6, 63000, Cyberjaya, Selangor.

E-mail: info@marii.my

Tel: (+60) 03-8318 7742

Fax: (+60) 03-8318 7743

  • Instagram
  • Facebook Social Icon
  • LinkedIn Social Icon

Follow Us On Our Social Media

Contact Us