Proton X50 dilancarkan


PROTON secara rasmi telah melancarkan tawaran SUV keduanya yang diusahakan bersama oleh PROTON dan rakannya Geely – PROTON X50, secara maya melalui saluran media sosialnya.

Produksi PROTON X50 diusahakan melalui kolaborasi antara PROTON dan Geely di pelbagai peringkat. Ini termasuk kakitangan dari China dan Malaysia bekerja dalam rangkaian pasukan pelbagai fungsi (CFT). Selain itu, ujian atas jalan sejauh 1.9 juta kilometer di jalan raya Malaysia telah diusahakan untuk memastikan penyesuaian dengan faktor-faktor persekitaran yang unik kepada Malaysia.

“Tahap minat orang ramai untuk PROTON X50 amatlah menakjubkan dan ia merupakan sesuatu yang belum pernah berlaku, terutama sekali dalam tahun yang dipengaruhi oleh faktor luaran. Kami menerima pertanyaan sejak tahun lalu dan sumbangan daripada liputan pelbagai saluran media, jangkaan di kalangan pembeli kereta Malaysia adalah tinggi. Oleh itu, tanggungjawab PROTON adalah untuk memenuhi kepuasan pelanggan di mana mereka mendapat kereta dalam tempoh yang terdekat, dan juga produk ini memenuhi jangkaan mereka dari segi teknologi, prestasi dan kualiti.”, kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.

PROTON X50 merupakan pengeluaran yang dihasilkan melalui penggunaan dan aplikasi tenaga kerja tempatan serta teknologi canggih yang sedia ada di kilang Tanjung Malim PROTON. Inisiatif ini telah membolehkan juruutera produksi syarikat untuk membina unit percubaan serta mempercepatkan proses pra-produksi dan pemasangan penuh SUV baharu itu.

Selaras dengan SOP yang digariskan oleh Kerajaan, PROTON telah memanfaatkan platform-platform digital untuk mengurangkan pergerakkan dan kontak rapat sebagai inisiatif untuk membendung wabak COVID-19 – di mana PROTON telah menyediakan satu portal untuk menerima tempahan PROTON X50 secara dalam talian.

Tempahan mula dibuka secara rasmi pada 16 September 2020, dan sehingga kini, lebih daripada 20,000 tempahan telah diterima dari warga Malaysia yang ingin menjadi pemilik pertama.

"Kami yakin pelanggan akan gembira dengan spesifikasi, harga dan pakej faedah yang ditawarkan dengan pembelian PROTON X50. Terdapat varian yang sesuai dengan setiap keperluan dan perbelanjaan dan kami berharap seperti PROTON X70, SUV baharu kami akan membawa ramai lagi pelanggan ke bilik pameran kami, ”tambah Roslan Abdullah.

Harga atas jalan (OTR) untuk PROTON X50 termasuk subsidi cukai jualan PENJANA adalah:




Address: Block 2280, Jalan Usahawan 2, Cyber 6, 63000, Cyberjaya, Selangor.

E-mail: info@marii.my

Tel: (+60) 03-8318 7742

Fax: (+60) 03-8318 7743

  • Twitter
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook Social Icon
  • LinkedIn Social Icon

Follow Us On Our Social Media

Contact Us