Reaksi positif dari program Braking System Expert dorong pembangunan laman web BM Brembo


Sambutan positif daripada komuniti selepas jualan terhadap program Braking System Expert kini menunjukkan hasil melalui laman web Brembo SpA (Brembo) versi Bahasa Malaysia, laman web bahasa tempatan pertama di rantau Asia Tenggara yang diterjemahkan syarikat teknologi brek yang terkenal ini.


Program Braking System Expert merupakan tonggak penting dalam kerjasama strategik antara Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dan Emerald Auto Parts Sdn. Bhd. (Emerald), yang dimeterai pada November tahun lalu.


"Laman web versi Bahasa Malaysia ini menandakan kebolehan dan pencapaian sektor selepas jualan tempatan. Ianya memudahkan akses kepada pengukuhan keupayaan asas serta kemahiran bakat dalam sistem brek, melalui penyampaian di dalam bahasa kebangsaan”, kata Dato’ Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif MARii.


Beliau juga menyatakan bahawa penggunaan medium Bahasa Malaysia akan merangsang penyertaan bakat daripada semua lapisan masyarakat di dalam sektor selepas jualan, serta pertumbuhan dan penambahbaikan seluruh rantaian nilai sektor selepas jualan.


Program Braking System Expert juga merupakan sebuah modul Workshop Transformation Programme (WTP) yang dianjurkan oleh MARii - telah disertai lebih 1,000 bakat daripada 800 bengkel di seluruh negara setakat Febuari 2020 - meningkatkan pengetahuan, kemahiran teknikal dan pengurusan dalam bidang sistem brek dan keselamatan kenderaan, penyelenggaraan komponen-komponen kenderaan dan kawalan kualiti melalui pemindahan pengetahuan dari pelatih-pelatih Brembo.

Emerald, yang juga merupakan pengedar rasmi produk-produk Brembo, mempelopori penterjemahan laman web Brembo dengan objektif untuk memacu perkembagan sektor selepas jualan tempatan menggunakan Bahasa Malaysia.


“Laman web ini berfungsi sebagai platform untuk meningkatkan pengetahuan dalam sistem pembrekan dan informasi keselamatan yang berkaitan. Ini membolehkan rakyat Malaysia mendapat akses kepada berita sistem pembrekan global terkini serta informasi yang spesifik buat mereka dalam Bahasa Malaysia.”, kata Hong Lee Ching, Pengarah Urusan Emerald.


Walaupun Brembo dikenali di dunia sebagai pengeluar produk sistem pembrekan untuk kenderaan berprestasi tinggi, Hong Lee Ching juga berkongsi bahawa Brembo juga fokus dan mengeluarkan produk selepas jualan yang berkualiti tinggi pada harga berpatutan untuk kereta penumpang termasuklah kereta nasional PROTON dan Perodua.


“Brembo yang memimpin teknologi, produk dan perkhidmatan sistem pembrekan di peringkat global menghargai dan tekad mengekalkan Emerald Auto Parts sebagai rakan rasmi Brembo di Malaysia. Inisiatif untuk visi Bahasa Malaysia laman web www.bremboparts.com membuktikan kekuatan dan kelebihan daripada kerjasama yang sudah lama terjalin ini. Malaysia menjadi pilihan Brembo untuk menerajui dan menembusi pasaran di Asia Tenggara kerana negara ini matang dan stabil dalam sektor automotif pasaran selepas jualan, infrastruktur yang efisien dan sokongan padu agensi kerajaan seperti MARii.”, ujar Eric Ni, Pengurus Besar Asia Pasifik Brembo (Pasaran Selepas Jualan).


Laman web Brembo versi Bahasa Malaysia ini akan memudahkan akses kepada kandungan-kandungan berkualiti tinggi mengenai sistem brek dan keselamatan, yang membolehkan komuniti sektor selepas jualan serta orang awam mendapat informasi tentang amalan terkini dan terbaik yang dilaksanakan oleh syarikat automotif terkenal di dunia.


Laman web tersebut boleh diakses melalui pautan ini: https://www.bremboparts.com/asiapacific/ms

Address: Block 2280, Jalan Usahawan 2, Cyber 6, 63000, Cyberjaya, Selangor.

E-mail: info@marii.my

Tel: (+60) 03-8318 7742

Fax: (+60) 03-8318 7743

  • Instagram
  • Facebook Social Icon
  • LinkedIn Social Icon

Follow Us On Our Social Media

Contact Us