• MARii

The ASA 2.0’s pedestrian detection system is capable of detecting the presence of pedestrians up to

Kenderaan SUV tujuh tempat duduk pertama Perodua, Aruz bakal melihat teknologi keselamatan tertinggi untuk jenama nasional itu.


Aruz yang dipasang di Rawang dengan kadar penggunaan komponen tempatan melebihi 90 peratus itu akan dipasang dengan sistem keselamatan modern seperti enam beg udara, sistem brek ABS, sistem Kawalan Penstabil (Stability Control) dan Advanced Safety Assist 2.0 (ASA 2.0).


Sistem ASA 2.0 adalah kesinambungan dari ASA 1.0 yang digunapakai di dalam Myvi terkini.

ASA 2.0 mempunyai fungsi amaran di mana sebelum perlanggaran berlaku, sistem Amaran Pra Perlanggaran akan menghasilkan bunyi untuk menarik perhatian pemandu.

Sebelum ini, sistem itu cuma berfungsi pada kadar kelajuan di antara 4 hingga 30 kmsj. Untuk Aruz, ia ditingkatkan dari 4 hingga 100 kmsj.


Selain daripada itu, sistem Brek Kecemasan Berautonomi (AEB) juga berupaya untuk membrek secara sendiri apabila komputer menjangkakan perlanggaran akan berlaku.


Bezanya AEB pada Aruz ialah ia kini mampu berfungsi sehingga ke kelajuan 80 kmsj, meningkat dari ASA 1.0 pada cuma 30 kmsj sahaja.

Penambahan ciri pada Aruz juga ialah AEB kini mampu untuk mengesan wujudnya pejalan kaki di hadapan dan memberhentikan kenderaan secara automatik (berfungsi sehingga kelajuan maksimum 50 kmsj sahaja).


Varian ASA 1.0 hanya mampu mengesan objek seperti kereta dan lori dan bukan manusia.

SUV tujuh tempat duduk mampu milik dengan enjin 1.5L dan transmisi 4-kelajuan automatik ini akan dilancarkan malam ini sekitar jam 8.00 pm.


Ikuti laporan kami dari tempat pelancaran Aruz nanti.

0 views

Address: Block 2280, Jalan Usahawan 2, Cyber 6, 63000, Cyberjaya, Selangor.

E-mail: info@marii.my

Tel: (+60) 03-8318 7742

Fax: (+60) 03-8318 7743

  • Instagram
  • Facebook Social Icon
  • LinkedIn Social Icon

Follow Us On Our Social Media

Contact Us