• MARii

Varian MODENAS KRISS Baharu Dilancarkan – Dilengkapi break cakera & berstatus EEV


Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) hari ini telah memperkenalkan varian Kriss baharu iaitu Modenas Kriss 110 Disc Brake. Varian terbaharu ini dimuat dengan beberapa fungsi serta teknologi yang baharu, dan merupakan sebuah peningkatan pada model Kriss 110 yang dilancarkan pada bulan September 2019.


Aspek pembaharuan yang difokus oleh MODENAS kali ini berfungsi untuk meningkatkan kebolehan dan ciri-ciri keselamatan yang lebih berefektif.

Kriss 110 Disc Brake ini dilengkapi dengan brek cakerapiston berkembar pada bahagian hadapan dan brek drum pada bahagian belakang. Model ini juga dimuat dengan penyerap hentak berkembar serta lampu hadapan jenis multi-reflector baharu untuk peningkatan pencahayaan ketika menunggang pada waktu malam. Fungsi ini ditingkatkan dengan penambahan lampu kecemasan.

“Ciri-ciri tambahan yang disertakan menjadikan varian Kriss 110 Disc Brake sebagai salah satu pilihan terbaik untuk pembeli motosikal pertama yang mencari jentera yang boleh dipercayai dan mudah dikendalikan. Ia dilengkapi dengan jaminan dua tahun atau 20,000km, atau yang mana terdahulu, diperakui EEV dan sepenuhnya mematuhi piawaian pelepasan Euro 3. Saya percaya bahawa dengan harga dan peningkatan keselamatan dan gaya baharu, kami mempunyai pemenang di tangan kami.”, kata Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS.

Kriss 110 Disc Brake juga dilengkapi dengan pelbagai teknologi bagi kemudahan pengguna seperti meter minyak dan indikator gear digital, soket pengecas USB sambil mengekalkan ruang simpan bawah tempat duduk berkapasiti 6.6 liter.

Aspek ergonomik model ini juga ditambah baik – jarak roda yang lebih pendek, peningkatan material dan ketebalan kusyen. Semua ini juga menghasilkan kawalan kenderaan yang lebih tepat serta memastikan keselesaan optimum.

Ciri-ciri lain termasuk tayar tanpa tiub yang dilengkapi dengan sportrim, pelindung ekzos serta enjin 4-lejang, SOHC, silinder tunggal, karburator, dan sejukan udara.

Varian Kriss 110 Disc Brake dijual pada harga RM3,877 di samping memperkenalkan warna merah sebagai pilihan warna baharu, di samping warna biru dan hitam asli yang sedia ada.


Address: Block 2280, Jalan Usahawan 2, Cyber 6, 63000, Cyberjaya, Selangor.

E-mail: info@marii.my

Tel: (+60) 03-8318 7742

Fax: (+60) 03-8318 7743

  • Twitter
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook Social Icon
  • LinkedIn Social Icon

Follow Us On Our Social Media

Contact Us