Manfaatkan teknologi MARii untuk memacu pemulihan



SIARAN SEGERA


MANFAATKAN TEKNOLOGI MARii UNTUK MEMACU PEMULIHAN


CYBERJAYA, 30 Ogos 2021 - Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) komited untuk membantu industri melalui cabaran pemulihan akibat pemberhentian operasi selama dua bulan sebelum ini. Pengumuman baru-baru ini untuk buka semula sektor ekonomi utama merupakan satu kelegaan bagi industri. Namun, ianya harus dilaksanakan dengan berhati-hati kerana kita masih berjuang dengan wabak ini, demi melindungi nyawa rakyat Malaysia.


Ianya jelas bahawa vaksinasi adalah agenda penting bagu memastikan kesinambungan industri dalam beroperasi, dan tahap vaksinasi yang tinggi akan mengurangkan kebarangkalian penutupan penuh industri di masa hadapan. MARii menggesa semua pemilik perniagaan untuk menghubungi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk membincangkan vaksinasi pekerja mereka melalui Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam Swasta (PIKAS).

Walaupun penutupan sebelum ini menggambarkan kelestarian industri kita, ia juga mendedahkan peluang-peluang untuk penambahbaikan, terutamanya dalam bidang digitalisasi, automasi dan pekerjaan terhubung. Amat penting bagi pemain industri untuk merangkul dan menyemak strategi operasi mereka agar kita tidak lagi menjadi mangsa kepada gangguan operasi, terutamanya apabila melibatkan operasi fizikal di tempat kerja.


Bagi tujuan ini, MARii komited untuk membantu industri mendigitalkan operasi, meningkatkan keupayaan kejuruteraan dan menawarkan penyelesaian dalam meningkatkan kebolehkerjaan sebahagian operasi mereka melalui operasi berasaskan awan (cloud based operations).

Sejak 2015, MARii (sebelumnya dikenali sebagai MAI) telah membangunkan teknologi Industri 4.0 untuk kegunaan pemain tempatan.


Teknologi ini merangkumi pelbagai aplikasi untuk mendigitalkan keseluruhan rangkaian aktiviti dalam industri. Ini termasuk penyewaan dan latihan reka bentuk berbantukan komputer (CAD) melalui Design Engineering Programme - DEP), pembuatan bahan tambah (additive manufacturing, robotik autonomi, simulasi komputer, realiti maya, perancangan sumber perusahaan, dan banyak lagi.


Untuk mempercepat penembusan teknologi dalam perniagaan, pelbagai program modal insan tersedia untuk pemilik perniagaan dan juga pekerja di semua peringkat - meliputi perluasan pemikiran, lean production, pembuatan pintar, latihan pemasaran digital, transformasi bengkel, dan bidang teknologi lain. MARii juga merupakan badan penilai Industri4WRD Readiness Assessment (Industri4WRD-RA), sebuah program komprehensif untuk membantu syarikat menilai kemampuan dan kesediaan mereka untuk menggunakan teknologi dan proses Industri 4.0.

Untuk memacu transformasi digitalisasi operasi perniagaan, MARii menawarkan pelbagai platform bagi melaksanakan pengurusan dan operasi berasaskan data di dalam perniagaan masing-masing, seperti MARii Enterprise Resource Planning (MARii ERP) yang baru diumumkan, pengkomputeran awan berprestasi tinggi, dan banyak platform digital lain yang dapat disesuaikan dengan keperluan industri.


Kesimpulannya, pemain industri dapat memanfaatkan pelbagai teknologi yang di sediakan oleh MARii untuk mengoptimumkan sumber mereka - dan memastikan tenaga kerja, infrastruktur dan kelengkapan berfungsi dan dapat menambah nilai pengeluaran mereka, dan tidak dibazirkan kepada aktiviti tanpa nilai yang dapat dielakkan melalui digitalisasi.


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai teknologi dan program MARIi, sila hubungi info@marii.my.


Bagi yang berminat, boleh berhubung melalui info@marii.my .

102 views0 comments